BIMBING…. Lamjad sedang membimbing
calon UPSR SK Ulu Kukut menjawab soalan mengikut kumpulan
Lamjad menerima cenderakenangan daripada Norawi sambil disaksikan oleh Denny(kiri),Duliah dan Muhmuddin.
KOTA BELUD : Para guru
diminta untuk tidak mengamalkan pengajaran teknik tradisional sebaliknya
mempraktikkan pembelajaran abad ke-21 yang menumpukan pengajaran dan
pembelajaran berfokuskan murid.
Pegawai Cemerlang SISC+ Matematik Sekolah
Rendah, Lamjad Jamrang berkata pembelajaran secara berkumpulan banyak
manfaatnya kerana akan berlaku proses penjanaan idea berbanding belajar secara
individu.
“Saya mengesyorkan kepada para guru agar
mendalami teknik pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ini selaras dengan perubahan
zaman yang menuntut kemahiran berfikir aras tinggi”, katanya. selepas memberi
bimbingan bengkel format baru dan teknik menjawab soalan UPSR 2016 di SK Ulu
Kukut dekat sini.
Menurut Lamjad adalah menjadi tugasnya
bersama rakan-rakan di pejabat
pendidikan untuk membimbing guru-guru akan cara-cara pelaksanaan pengajaran
abad ke-21 yang antaranya teknik susunan kerusi meja,teknik aktiviti pengajaran
dan pembelajaran,teknik penyoalan guru,komunikasi dan penglibatan murid.
“Saya berharap selepas bengkel ini guru
dan murid akan sentiasa seronok menggali ilmu pembelajaran demi membantu kecemerlangan
murid-murid dan sekolah”,katanya.
Lamjad berkata penggunaan peta pemikiran
dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dapat membantu murid untuk melatih
kemahiran berfikir ara tinggi kerana secara teorinya otak suka gambar.
Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah
guru besar sekolah berkenaan, Norawi Hj Kata dan Pegawai SISC+ Bahasa Inggeris,Edward Gulon dan guru-guru
Tahun Enam SK Ulu Kukut.
1.
0 comments:
Post a Comment