Sunday, 10 July 2016

6:13:00 pm






 HARGAI…Norawi(kanan) selepas menghargai kejayaan Gabriel(tengah) dan ayahnya,kamijan



KOTA BELUD : Sekolah Kebangsaan Ulu Kukut hargai sumbangan ibubapa yang berusaha untuk mencemerlangkan anak-anak dalam bidang kokurikulum dan sahsiah.
          Menurut guru besar sekolah berkenaan, Norawi Hj Kata  sumbangan ibu bapa dalam memotivasikan anak-anak untuk mengharumkan nama sekolah amatlah penting demi masa depan generasi akan datang.
     “Saya amat teruja jika ada ibu bapa yang mendampingi dan memberi galakan kepada anak-anak untuk maju dalam  bidang kokurikulum dan sahsiah kerana ianya merupakan pemangkin kepada mereka untuk cemerlang dalam bidang akademik”, jelasnya.
     Norawi berharap agar semangat ibu bapa yang cintakan budaya datang ke sekolah untuk berbincang dengan guru dapat diwujudkan kerana ianya menjadi teras kepada kecemerlangan ibu bapa dan anak-anak.
     Norawi menerima kunjungan ibu bapa murid, Kamijan Mositur untuk memberi idea kecemerlangan SK  Ulu Kukut. Baru-baru ini anak kepada Kamijan iaitu Gabriel Ryll kamijan yang mewakili bahagian Pantai Barat Utara ke pertandingan catur hingga ke peringkat negeri Sabah.
     Menurut kamijan, Gabriel berjaya dalam bidang permainan catur atas galakan daripada beliau dan isterinya, namun demikian dalam masa yang sama beliau mengawasi masa bermain anak-anak di samping menitik beratkan disiplin belajar mereka.
     “Saya berharap minatnya dalam catur menjadi pemangkin kepada dirinya untuk maju selangkah dalam bidang akademik”, katanya.

0 comments: